Sunday, 15 May 2016

Kisah Adab Menegur Guru

TEGURAN RAHSIA SEORANG GURU

Harun ibn ‘Abdillah, seorang ulama Ahli Hadith yang juga pedagang kain di Kota Baghdad bercerita:

Suatu hari, larut malam .. pintu rumahku di ketuk.

“Siapa..?”, tanyaku.

“Ahmad”, jawab orang di luar perlahan.

“Ahmad yang mana..?” tanyaku makin penasaran.

“Ibn Hanbal”, jawabnya perlahan.

"SubhanaLLAH, itu guruku..!," kataku dalam hati.

Maka ku buka pintu.

Ku persilakan beliau masuk, dan kulihat beliau berjalan terjingkit-jingkit, seolah tidak ingin terdengar langkahnya.

Saat ku persilakan untuk duduk, beliau menjaga agar kerusinya tidak berderit mengeluarkan bunyi.

“Wahai guru, ada urusan yang penting apakah sehingga dirimu mendatangiku selarut ini?”

“Maafkan aku ya Harun. Aku tahu biasanya engkau masih terjaga meneliti Hadith selarut ini, maka aku pun memberanikan diri mendatangimu. Ada hal yang mengusik hatiku sedari siang tadi.”

Aku terkejut.

"Sejak siang..? Apakah itu wahai guru?”

“Mmmm begini…” suara Ahmad ibn Hanbal sangat pelan, nyaris berbisik.

“Siang tadi aku lalu di samping Majlismu, saat engkau sedang mengajar murid-muridmu.
Aku saksikan murid-muridmu terkena terik sinar mentari saat mencatat Hadith-hadith, sementara dirimu bernaung di bawah bayangan pepohonan.

"Lain kali, janganlah seperti itu wahai Harun.

"Duduklah dalam keadaan yang sama sebagaimana murid-muridmu duduk..!”

Aku tercengang, tak mampu berkata…

Maka beliau berbisik lagi, lalu minta izin balik dan melangkah kaki terjingkit2 dan menutup pintu dgn hati-hati.

Masha'ALLAH .....

Inilah guruku Ahmad ibn Hanbal, begitu mulianya akhlak beliau dalam menyampaikan nasihat.

Beliau boleh saja membetulkan kesalahanku saat melintasi Majlisku.

Tapi itu tidak dilakukannya demi menjaga wibawaku di hadapan murid-muridku.

Beliau juga rela menunggu hingga larut malam agar tidak ada orang lain yang mengetahui kesalahanku.

Bahkan beliau berbicara dengan suara yang sangat pelan dan berjingkat saat berjalan, agar tidak ada anggota keluargaku yang terjaga.

Lagi-lagi demi menjaga wibawaku sebagai imam dan teladan bagi keluargaku.

Teringat perkataan Imam Asy Syafi’e:

“Nasihati aku saat sendiri, jangan di saat ramai dan banyak saksi. Sebab nasihat di tengah khalayak, terasa hinaan yang membuat hatiku pedih dan koyak; Maka maafkan jika hatiku berontak.”

Mudah2an bermanfaat untuk kita semua


EmoticonEmoticon

Google+ Followers