Saturday, 30 April 2016

Tips Membeli dan Cadangan Hadiah Untuk Hari Guru

Sumber foto:zamani84.blogspot.com

Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Guru. Kalau dulu-dulu masa zaman persekolahan pun teruja untuk menyambut Hari Guru. Dalam fikiran cuba mencari idea yang terbaik untuk memberi hadiah kepada guru-guru.

Sebenarnya, sebagai guru, hadiah terbaik daripada anak-anak murid adalah kejayaan mereka tidak kira di dalam peperiksaan atau kehidupan. Namun begitu, sudah menjadi adat dan sebahagian daripada acara sambutan setiap kali hari guru, pemberian hadiah dalam bentuk fizikal sudah menjadi kebiasaan.

Blogger Fyna telah kongsikan beberapa Tips Untuk Hadiah Hari Guru. Juga dikongsikan bersama Idea Hadiah Hari Guru.
  
Antara tips yang boleh dititikberatkan terlebih dahulu ialah :

a. Harga

Mengikut kemampuan. Jangan memaksa diri anda untuk membeli sesuatu hadiah yang mahal. Jangan mengikut kawan-kawan. Kemungkinan kawan-kawan anda mampu untuk membeli sesuatu hadiah yang mahal. Boleh berbincang dengan ibu bapa atau pun adik-beradik. Harga hadiah bukan tidak penting walaupun anda beli hadiah tersebut dengan harga yang murah.

b. Jenis Hadiah

Jangan beli hadiah yang mudah pecah seperti pasu, cermin atau bingkai gambar. Takut kemungkinan anda terlalai. Belum sempat sampai di sekolah, hadiah tersebut sudah rosak. Tetapi kalau hendak juga beli barangan berasaskan kaca seperti mug pastikan hadiah tersebut dalam keadaan sempurna dan bungkus hadiah tersebut dengan berhati-hati.

c. Kenangan

Beli hadiah yang boleh dijadikan kenangan. Kenangan? Ya. Supaya menjadi ingatan di kemudian hari.
Antara Idea Hadian Hari Guru yang dicadangkan:

Hadiah Hari Guru Wanita
  1. Set Alat Tulis
  2. Buku / Novel
  3. Tudung
  4. Baju Kurung
  5. Mug
  6. Bunga
  7. Penanda Buku
  8. Anak Patung
  9. Album
  10. Kek
Hadiah Hari Guru Lelaki
  1. Set Alat Tulis
  2. Mug
  3. Kad Ucapan
  4. Pemberat Kertas
  5. Jam
  6. Tali Leher
  7. Baju
  8. Pen Drive
  9. Kek
  10. Kain Pelikat

Semoga senarai tersebut dapat memberi idea-idea untuk anda membeli hadiah untuk guru-guru anda.

Tips ini juga sesuai untuk ibu bapa yang memiliki anak yang ramai. Bawak aja ke Maidin! Cikgu tak kisah pun...ahaks!





EmoticonEmoticon

Google+ Followers