Thursday, 28 April 2016

Skim Pencen VS Skim KWSP - Yang Mana Satu Pilihan Penjawat Awam?


Dalam artikel  ini, disenaraikan pro dan kontra kedua-dua skim pencen dan KWSP dari sisi pandangan blogger Jom Urus Duit.

Harus diingat, pandangan yang diberikan adalah berdasarkan pengetahuan dan pemahaman peribadi sahaja, jadi usahlah diterima bulat-bulat kesemuanya.

Cuma, ambillah sebagai sebahagian panduan untuk memilih antara skim pencen atau skim KWSP.

Pro & Kontra Skim Pencen

Jika dilihat kepada keistimewaan-keistimewaan yang diperoleh oleh golongan skim pencen, memang akan kelihatan opsyen skim pencen adalah lebih baik.

  • Antara kelebihan-kelebihan memilih skim pencen adalah:

1. Jaminan bekalan kewangan selepas bersara seumur hidup

Antara sebab utama ramai ingin bekerja dengan kerajaan dan memilih skim pencen adalah kerana kelebihan ini.

Selepas bersara, golongan skim pencen akan menerima pencen bulanan pada kadar tertentu, dan meningkat pada kadar 2% setiap tahun.

Jadi, mereka tidak perlu risau tentang bekalan kewangan pada usia tua nanti.

2. Jaminan bekalan kewangan kepada waris

Dengan faedah terbitan, waris golongan skim pencen akan menerima ganjaran terbitan dan bayaran pencen setiap bulan jika penerima asal meninggal dunia samaada ketika dalam perkhidmatan atau selepas bersara.

Dengan kelebihan ini, mereka tidak perlu risaukan tentang bekalan kewangan kepada waris jika ajal tiba.

3. Ganjaran sekaligus yang tinggi

Setiap penjawat awam yang berpencen sememangnya menginginkan bayaran ganjaran sekaligus (gratuiti) kerana jumlahnya yang besar, hatta bagi golongan berjawatan rendah.

Dengan ganjaran yang diterima inilah mereka tunaikan keinginan mereka seperti memulakan perniagaan, menunaikan haji, mengubahsuai rumah dan membuat pelaburan.

4. Lebih banyak 'disposable income'

Oleh kerana golongan skim pencen tidak mencarum dalam KWSP, maka mereka mempunyai lebihan pendapatan boleh guna (disposable income) sebanyak 11% berbanding golongan skim KWSP.

Dengan lebihan ini, sudah tentunya mereka boleh berbelanja lebih banyak setiap bulan.

Bagi yang cerdik dalam pengurusan kewangan, lebihan ini kebiasaannya disimpan atau dilaburkan.

  • Walaupun banyak kelebihan skim pencen ini, tetapi tetap ada juga beberapa kekurangannya:

1. Bekerja dengan kerajaan dalam tempoh yang lama

Untuk mendapatkan taraf pekerja berpencen, perlu disahkan jawatan terlebih dahulu yang mana mengambil masa antara 3 ke 5 tahun selepas mula berkhidmat.

Untuk menikmati semua kelebihan skim pencen pula, perlu setia bekerja dengan kerajaan sehingga tempoh bersara.

Jika bersara pilihan pun (bersara awal dengan memenuhi syarat-syarat tertentu), keistimewaan-keistimewaan hanya akan diberikan selepas mencapai umur 55 tahun (bagi lantikan selepas 1991)

Lagipun, sesorang itu perlu berkhidmat dalam tempoh yang lama jika ingin mendapatkan keistimewaan-keistimewaan pencen dalam jumlah yang signifikan.

Bagi mereka yang sukakan cabaran dan pembaharuan, bekerja dengan majikan yang sama untuk tempoh masa lama mungkin bukan sesuatu yang digemari.

2. Risiko kehilangan keistimewaan-keistimewaan skim pencen

Segala keistimewaan skim pencen bukanlah hak mutlak seseorang pekerja awam, tetapi perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk mendapatkannya.

Bahkan, ada risiko untuk hilang atau ditarik balik segala keistimewaan tersebut.

Seseorang penjawat awam boleh hilang keistimewaan skim pencen jika berhenti kerja, dikenakan hukuman tatatertib, diberhentikan atau dibuang kerja sebelum tempoh bersara.

Seorang pesara yang sedang menikmati keistimewaan-keistimewaan skim pencen juga boleh ditarik balik jika melanggar syarat-syarat yang ditetapkan seperti dihukum atas kesalahan jenayah.

Apabila hilang keistimewaan, mungkin sukar untuk diperoleh semula.

3. Tiada pelepasan cukai untuk caruman ke dalam KWSP

Salah satu pelepasan cukai untuk cukai pendapatan adalah caruman ke dalam KWSP iaitu sebanyak RM 6000 setahun.

Bagi golongan skim pencen yang layak membayar cukai, mereka terlepas peluang pelepasan ini.

Akibatnya, mereka perlu membayar cukai yang lebih tinggi jika tiada pelepasan-pelepasan lain.
Pro & Kontra Skim KWSP

Walaupun secara kasarnya kelihatan skim pencen lebih menguntungkan dan banyak keistimewaannya, namun skim KWSP masih tetap menjadi pilihan segenlintir penjawat awam.

Kenapa?

  • Kerana beberapa kelebihannya:

1. Tidak terikat untuk bekerja sehingga usia persaraan

Golongan skim KWSP tidak perlu berkhidmat sehingga umur persaraan kerana mereka sememangnya tidak akan menikmati keistimewaan-keistimewaan berpencen kecuali bayaran gantian cuti rehat (GCR) dan faedah perubatan.

Jadi, sekiranya mereka mendapat tawaran yang lebih baik di sektor swasta, lebih mudah untuk mereka berhenti kerja kerana tidak kehilangan apa-apa keistimewaan.

Bahkan caruman dalam KWSP masih kekal.

2. Simpanan secara paksa-rela

Memilih opsyen skim KWSP adalah salah satu teknik/cara menyimpan duit seperti yang saya kongsikan sebelum ini dalam artikel 5 Cara Menyimpan Duit Pasti Jadi

Setiap bulan, sebanyak 23% (11% daripada pekerja dan 12% daripada kerajaan) daripada gaji disimpan ke dalam akaun KWSP; satu jumlah yang besar berbanding saranan biasa sebanyak 10%.

3. Boleh dikeluarkan untuk tujuan-tujuan tertentu

Wang dalam akaun KWSP boleh dikeluarkan sebelum tempoh persaraan untuk tujuan-tujuan tertentu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Boleh rujuk di laman web KWSP untuk jenis-jenis pengeluaran yang boleh dibuat.

Antara jenis pengeluaran yang boleh menguntungkan ahli adalah pengeluaran pelaburan ahli, mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan, membina/membeli rumah dan ansuran bulanan pinjaman perumahan.

Jika pandai manipulasi dan kena caranya, bukan sahaja boleh menambahkan tabung persaraan, bahkan dapat menjimatkan banyak wang terutama dalam membayar pembiayaan/pinjaman rumah.

4. Pemantauan lebih mudah

KWSP menyediakan portal i-Akaun untuk memudahkan pencarum melihat penyata jumlah wang yang terkumpul dalam akaun masing-masing secara online dengan mudah.

Bagi sesetengah orang, mengetahui jumlah wang yang ada secara real-time amatlah penting lebih-lebih lagi jika ingin merancang pengurusan kewangan dengan baik.

Berbeza dengan skim pencen, jika ingin mengetahui jumlah ganjaran atau pencen bulanan yang bakal diperoleh, kira-kira perlu dibuat terlebih dahulu.

5. Pelepasan cukai pendapatan

Seperti yang dinyatakan di atas, golongan skim KWSP layak mendapat pelepasan cukai sehingga RM 6000 setahun ke atas caruman yang dibuat.

  • Jom kita lihat kekurangan-kekurangan skim KWSP pula:

1. Tidak patuh syariah

Sehingga artikel ini ditulis, akaun KWSP masih dianggap tidak patuh-syariah kerana pelaburannya yang bercampur-campur.

Namun, KWSP merancang untuk menyediakan dana patuh syariah kepada pencarumnya kelak (Boleh baca di sini)

Berkenaan dengan hukum dividen KWSP, boleh rujuk artikel ini: Hukum Dividen KWSP

2. Ketidaktentuan punca pendapatan selepas bersara

Selepas bersara, golongan skim KWSP tidak mendapat ganjaran sekaligus dan pencen bulanan.

Oleh itu, mereka hanya bergantung kepada jumlah wang dalam akaun KWSP dan juga simpanan-simpanan atau pelaburan-pelaburan lain yang ada.

Menurut kajian, didapati kebanyakan pencarum KWSP menghabiskan wang mereka dalam masa 3 ke 5 tahun sahaja selepas bersara.

Walhal jangka hayat purata rakyat Malaysia adalah sekitar umur 70 ke 80 tahun, jadi sepatutnya duit tersebut biarlah bertahan sehingga 10 ke 20 tahun selepas bersara.

Jadi, jika tidak dibuat persediaan awal, golongan skim KWSP mungkin menghadapi penderitaan kewangan selepas bersara.

3. Tiada jaminan untuk waris

Jika terjadi kematian kepada golongan skim KWSP, waris mereka tidak akan mendapat keistimewaan sepertimana golongan skim pencen.

Hanya jumlah dalam akaun KWSP sahaja yang tersedia.

Itupun perlu melalui prosedur-prosedur tertentu sebelum diperoleh waris.

4. Gaji bersih yang kurang

Oleh kerana sebahagian gaji kasar (gaji pokok + elaun) ditolak untuk caruman KWSP, maka golongan skim KWSP mempunyai gaji bersih (gaji kasar - potongan) yang kurang berbanding golongan skim pencen.

Keadaan ini bukan sahaja mengurangkan jumlah wang boleh guna, malah mungkin menjejaskan peluang untuk mendapatkan pembiayaan/pinjaman daripada bank-bank.

Ini kerana sesetengah bank melihat jumlah gaji bersih untuk dikira kelayakan meminjam.

Tambahan lagi, pekerja kerajaan hanya dibenarkan mempunyai potongan maksimum 60% sahaja daripada gaji kasar pada slip gaji.

Oleh kerana telah mempunyai 11% potongan untuk KWSP, maka hanya sejumlah 49% sahaja lagi dibenarkan untuk potongan samaada untuk pembiayaan/pinjaman rumah, loan ASB ataupun pembiayaan/pinjaman peribadi.

KWSP atau Pencen?

Jadi, setelah menilai kelebihan dan kekurangan kedua-dua skim pencen dan KWSP, seharusnya sudah boleh membuat pilihan yang sesuai untuk diri-sendiri.

Secara mudahnya, skim pencen menawarkan jaminan, manakala skim KWSP menawarkan fleksibiliti.

Untuk lebih mudah lagi, jika merancang untuk bekerja dengan kerajaan sehingga bersara, pilihlah skim pencen.

Tetapi, jika nanti merancang untuk mencuba di sektor swasta atau berniaga sendiri, maka pilihlah skim KWSP.

Sesudah buat pilihan nanti, rancanglah pengurusan kewangan peribadi dengan sebaik-baiknya.

Kedua-dua skim KWSP dan pencen mempunyai kelebihan dan kekurangannya, jadi usahlah gusar untuk membuat pilihan yang terbaik.

Nota tambahan - Untuk rujukan lebih lanjut, boleh rujuk ke:
Skim pencen: http://www.jpapencen.gov.my/
Skim KWSP: http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/home

9 comments

salam...saya btol2 perlukan pendapat sape2 disini...even admin...urgently..saya berhasrat nk letak jawatan sept 2016 ini.....saya telah berkhidmat dalam sektor AWAM ni lebih kurang 11 tahun..sblm ni sy dh pilih option PENCEN...

tp disababkan umur saya baru 34 tahun...(kurang dari 40 THN) --kelayakan PENCEN.... nmpknye saya tidak layak....

so apa pendapat ANDA...haruskah saya tukar opsyen kepada KWSP dulu sblm letak jawatan...atau adakah saya dapat apa2 ganjaran jika saya masih kekal dalam SKIM PENCEN ni.. plzzzz TLG SAYA..


tqsm guys..

Hello,
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Rose Anna, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (roseannamoore70@gmail.com)

Pinjaman untuk pelbagai tujuan
Kami menawarkan jumlah minimum 10,000.00 dolar untuk 10 juta dolar
Pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
pinjaman
tempoh: sehingga 25 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda perlukan.
pelanggan mesti
Melebihi usia o f 18 tahun
Urus niaga ini adalah 100% selamat untuk semua clents
Untuk maklumat lanjut mengenai kredit, sila hubungi kami melalui e-mel:
(Daviesruthfirm@gmail.com)

Hello,
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Precious Ovia, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (preciousovia39@gmail.com)

Hello,
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)

A semula anda memerlukan pinjaman? telah bank menafikan anda pinjaman, kami berada di sini untuk membantu anda dari segi kewangan, untuk mendapatkan pinjaman segera anda apa-apa amaun di mana-mana destinasi. kebahagiaan anda adalah keutamaan kami. semua yang anda perlu lakukan sekarang adalah untuk e-mel kami melalui (daviesruth​​f​​ir​​m@gm​​ai​​l​​.com​​)​​

Adakah anda fikir untuk mendapatkan pinjaman? Adakah anda serius yang memerlukan pinjaman segera untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda dalam hutang? Ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan anda, kami memberi pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan pinjaman korporat dan semua jenis pinjaman dengan faedah 2% untuk maklumat lanjut sila hubungi kami melalui e-mel (augustinejunio@gmail.com)

berita kepada semua pelanggan yang dihormati, kami di MARGARET CARTNER PINJAMAN SERVICES baik menawarkan pinjaman faedah 2%, tetapi kini kami menawarkan pinjaman faedah 1.5% disebabkan oleh akhir kami bonanza tahun. Anda datang pada masa yang tepat, kami menggesa anda bahawa jika anda mengikuti arahan dan arahan kami, anda akan dapat untuk mendapatkan pinjaman anda dalam masa 24 jam selepas permohonan. hubungi kami melalui margaret_cartnerloanservices@financier.com
Terima kasih Untuk Naungan Anda.

Hello!

Pernahkah anda mahu untuk dana, pinjaman, bantuan kewangan atau butuh pemberi pinjaman yang diluluskan untuk membantu anda bertemu dengan keperluan anda? Mahu pinjaman pelaburan untuk syarikat anda atau bank anda bertukar anda ke bawah? Pendapatan bulanan anda menghilang akibat kadar faedah yang tinggi ke atas pinjaman anda, kredit atau bon? Kemudian anda tidak mempunyai pilihan tetapi untuk mendapatkan perkhidmatan yang cepat dan boleh dipercayai. Hubungi kami hari ini melalui ginarolandloans@gmail.com untuk Pinjaman Legit / bertauliah, gadai janji dan dana bersama.
Untuk menggunakan Pantas Sapukan dengan; Nama penuh: Pinjaman yang diperlukan: Tujuan pinjaman: Pinjaman Tempoh: Telefon: Alamat / Negara:


EmoticonEmoticon

Google+ Followers