Sunday, 24 April 2016

Perbezaan Pemangkuan Tugas dan Penanggungan Kerja Penjawat Awam

Gambar hiasan

PEMANGKUAN KERJA

Tujuan Pemangkuan 

Pemangkuan adalah bertujuan untuk menilai keupayaan pegawai melaksanakan tugas dan tanggungjawab di gred jawatan yang lebih tinggi yang menjadi asas penilaian sebelum pegawai dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred berkenaan.

Jenis Pemangkuan 

Terdapat dua jenis pemangkuan iaitu:

(a) pemangkuan ke gred di mana pemangkuan ke mana-mana gred dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan; dan
(b) pemangkuan ke jawatan di mana pemangkuan ke mana-mana jawatan dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Peraturan Dan Prinsip Pemangkuan

Peraturan 44 dan Peraturan 45, P.U.(A) 176/2005 memperuntukkan bahawa seseorang pegawai, apabila dikehendaki demi kepentingan perkhidmatan, boleh, tertakluk kepada kelulusan Lembaga, diarah memangku jawatan yang lebih tinggi grednya dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan yang sama.

Pegawai yang memangku layak dibayar Elaun Pemangkuan.

Kaedah Pengiraan Elaun Pemangkuan

Elaun Pemangkuan ialah perbezaan di antara gaji permulaan (P1T1) dalam jadual matriks gred jawatan yang dipangku dengan gaji hakiki pegawai.

Sekiranya jumlah perbezaan itu sama atau lebih daripada satu pergerakan gaji biasa di gred hakikinya, maka pegawai akan dibayar Elaun Pemangkuan sebanyak perbezaan tersebut.
Jika perbezaan itu kurang daripada satu pergerakan gaji biasa di gred hakikinya, atau tiada perbezaan sama sekali, Elaun Pemangkuan ialah sebanyak satu pergerakan gaji biasa di atas matagaji gred jawatan yang dipangku.

Jika gaji hakiki seseorang pegawai itu sama atau lebih tinggi daripada gaji permulaan jawatan yang dipangku, Elaun Pemangkuan ialah sebanyak satu pergerakan gaji biasa di atas matagaji jawatan yang dipangku.

PENANGGUNGAN KERJA

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Menanggung Kerja

Seseorang pegawai diberi kelulusan menjalankan tugas dan tanggungjawab suatu jawatan lain yang sama, lebih tinggi, atau lebih rendah tarafnya (bukan jawatan dibawah kawalannya) disamping menjalankan tugas jawatannya sendiri.

Peraturan penanggungan kerja ini disediakan untuk disesuaikan dengan pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia dan Peraturan 44 dalam Peraturan-PeraturanPegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A)176/2005] yang menetapkan bahawa seseorang pegawai boleh diarah menanggung kerja tugas jawatan lain apabila dikehendaki demi kepentingan perkhidmatan tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa yang berkenaan.

Peraturan penanggungan kerja pada masa ini adalah berpandukan kepada:

  • Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1993 yang menjelaskan Peraturan Mengenai Pemangkuan Dan Penanggungan Kerja;
  • Surat Jabatan ini Bil. JPA (S)NP.63/44/ Klt.10 (14) bertarikh 15 Oktober 1996 mengenai Panduan Penyelenggaraan Urusan Penanggungan Kerja; dan 
  • Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1997 mengenai Bayaran Lebih Masa Bagi Pegawai Yang Diluluskan Elaun Penanggungan Kerja. 

Peraturan Penanggungan Kerja

Peraturan-peraturan penanggungan kerja adalah seperti berikut:

1, Penanggungan kerja boleh dilaksanakan jika:

  • terdapat kekosongan jawatan secara hakiki atau operasi; dan 
  • tugas jawatan yang kosong itu mustahak dilaksanakan secara berterusan supaya fungsi organisasi tidak terjejas. 

2. Arahan penanggungan kerja seseorang pegawai hendaklah dibuat secara bertulis oleh Ketua Jabatan;

3. Tempoh penanggungan kerja hendaklah tidak melebihi enam (6) bulan. Sekiranya ada keperluan, Ketua Jabatan hendaklah membuat permohonan semula supaya pegawai diluluskan untuk terus menanggung kerja kepada Pihak Berkuasa Melulus;

4. Tarikh kuat kuasa penanggungan kerja hendaklah dari tarikh pegawai melaksanakan tugas jawatan yang ditanggung kerja dan bermula daripada hari bekerja. Sekiranya tempoh penanggungan kerja berakhir pada hari cuti mingguan dan kelepasan am, tempoh tersebut boleh diambil kira untuk tujuan pembayaran Elaun Penanggungan Kerja;

5. Ketua Jabatan boleh memperakukan kepada Pihak Berkuasa Melulus untuk menamatkan penanggungan kerja seseorang pegawai atau mengarahkan pegawai lain untuk menanggung kerja jika difikirkannya perlu, misalnya tidak berpuas hati dengan prestasi pegawai yang menanggung kerja; dan

6. Jika penanggungan kerja pegawai terputus selama empat belas (14) hari atau lebih, Ketua Jabatan hendaklah membuat perakuan baru kepada Pihak Berkuasa Melulus sama ada meneruskan penanggungan kerja pegawai berkenaan atau memperaku pegawai lain.

Kaedah Pengiraan Elaun Penanggungan Kerja

Kadar Elaun Penanggungan Kerja ialah 25% daripada gaji permulaan jawatan yang ditanggung kerja. Formula asas pengiraan adalah seperti berikut:




Contoh Pengiraan



Rujukan Pekeliling:



EmoticonEmoticon

Google+ Followers