Friday, 29 April 2016

Panduan Pengurusan Menangani Kes Histeria Di Sekolah (SOP)

Baru- baru ini kes histeria banyak terjadi di sekolah. Pelbagai pihak menggesa KPM untuk mewujudkan satu prosedur khusus untuk menangani isu ini.

Sebenarnya, telah terdapat SOP khusus yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan berhubung isu ini. Di bawah ini merupakan rumusan daripada SOP berkenaan.
Dalam menjalani kehidupan dan pembelajaran seharian di sekolah, kanak-kanak dan remaja warga sekolah tidak akan terlepas daripada mengalami pelbagai tekanan dan kecelaruan sehingga membawa kepada tekanan emosi (stres).

Kejadian Histeria yang berlaku dalam kalangan murid di sekolah boleh dikaitkan dengan tekanan emosi yang dialami oleh murid samaada di sekolah atau di asrama

Persediaan awal Panduan Pengurusan Menangani Kes Histeria dari segi tindakan sebelum, semasa dan selepas kes histeria berlaku akan dapat membantu gejala ini dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Pelaksanaan awal pendidikan Kesejahteraan Mental dapat mengatasi sebahagian kejadian histeria yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja dewasa ini.

Kesejahteraan Mental bermakna pendidikan pengurusan stres, keresahan dan kemurungan dalam kalangan murid dan warga sekolah. Kesedaran untuk mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan mental (tekanan perasaan berterusan, kemurungan dan masalah emosi) akan dapat membentuk kesejahteraan murid.

Oleh itu, memperkasakan pelajar menangani stres, cabaran kehidupan sehari-hari dengan berkesan melalui kemahiran daya tindak (coping skills) dan teknik relaksasi akan membantu sekolah menangani gangguan perasaan dan kecelaruan minda, termasuk kes histeria dan kemurungan dalam kalangan murid.

DEFINISI OPERASIONAL

Histeria bermaksud seseorang yang terganggu fikirannya atau psikologinya yang menjadikan seseorang itu stress, anzieti, murung, risau, susah hati, yang menyebabkan mereka menjadi tidak sedar diri.

PUNCA

Antara faktor yang boleh menjurus murid mengalami kes hysteria adalah seperti berikut;

  • Faktor keluarga: Tekanan di rumah akibat masalah keluarga, kewangan (kemiskinan).
  • Faktor Sekolah: Tekanan di sekolah akibat masalah pembelajaran, persekitaran sekolah yang tidak kondusif
  • Faktor Sosial : Tekanan perhubungan dengan rakan, pergaduhan, percintaan.
  • Faktor individu: Konsep kendiri yang rendah, kurang kemahiran daya tindak (coping skills) bagi mengatasi stress, anzieti dan kemurungan.

OBJEKTIF

Objektif Panduan Pengurusan Menangani Kes Histeria adalah sebagai persediaan lebih awal dari segi tindakan bagi menangani sebelum, semasa dan selepas kes histeria berlaku. Antara objektif ialah;

  • Memberi kefahaman dan kesedaran kepada warga sekolah tentang menangani kes histeria di sekolah.
  • Menjadi panduan berhubung strategi pelaksanaan program perkembangan, pencegahan dan pemulihan bagi kes histeria
  • Menjadi panduan pelan tindakan semasa berlaku kes hysteria
  • Mengesan gejala awal minda tidak sihat dalam kalangan murid serta mengenalpasti tanda dan punca histeria berlaku.
  • Mengurangkan tahap stres dalam kalangan murid dan melaksanakan intervensi stres.
  • Merujuk murid yang mengalami masalah emosi, psikologi, mental dan
  • histeria kepada pihak yang bertanggungjawab dengan prosedur yang betul.
Bagi menghadapi kes histeria, beberapa langkah perlu diambil sebagai persediaan SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS kes histeria berlaku.
Muat Turun:
Panduan Menangani Histeria Di Sekolah


EmoticonEmoticon

Google+ Followers