Wednesday, 20 April 2016

Panduan Pengiraan Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mulai Julai 2016


Jadual cara kira kenaikan tangga gaji kerajaan atau penjawat awam mulai Julai 2016. Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Razak dalam pembentangan bajet 2016, semua kakitangan awam akan naik gaji satu gred berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016. Ini selaras dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini. Ini bermakna kakitangan kerajaan akan naik gaji dua kali, pertama kenaikan gaji tahunan (KGT) dan kedua kenaikan gaji satu gred bermula pada julai 2016. Selain daripada itu,turut diumumkan juga bahawa kenaikan gaji minimum kerajaan dari RM900 dinaikkan kepada RM1200 hanya berkuatkuasa kepada kakitangan kerajaan yang baharu sahaja dilantik mulai Januari 2016.

Fakta Kenaikan Gaji Kerajaan 2016 (2 Kenaikan Dalam Setahun)
  • Kenaikan Pertama: Kenaikan Gaji Tahunan (KGT)
  • Kenaikan Kedua: Kenaikan Satu Gred lagi atau Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Mulai 1 Julai 2016
Contoh Mudah Pengiran Kenaikan Gaji 2016

Kenaikan Pertama: Jika anda mula bekerja pada bulan Januari 2015, Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) akan dibayar pada Januari 2016. Ini akan kenaikan pertama

Kenaikan Kedua: Kenaikan satu gred lagi, ini bermakna semua kakitangan awam menerima satu lagi kenaikan gaji tahunan pada Julai 2016.

Nota Kaki:

Kenaikan Gaji Tahunan = KGT
A = Gaji Pokok
B = Gaji Pokok Baru
C = Gaji Pokok Baru Selepas Kenaikan 1Gred Gaji
Untuk memudahkan Pemahaman Anda:

  • Bagi yang Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada Januari, gaji akan naik pada bulan Januari dan Julai.
  • Bagi yang Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada April, gaji akan naik pada bulan April dan Julai.
  • Bagi yang Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada Julai, gaji akan naik pada bulan Julai dan bulan yang sama Julai.
  • dan begitulah seterusnya…

Contoh Lagi Pengiraan Kenaikan Gaji Satu Gred Mulai Julai 2016

Fokus pada bulatan tanda Merah sahaja: Ahmad selaku Pembantu Tadbir Gred N17 telah memerima Kenaikan Gaji Tahunan pada April manakala kenaikan gaji satu gred lagi pada Julai. Katakanlah gaji tahunan bagi Pembantu Tadbir adalah sebanyak RM95. Oleh itu, Ahmad akan menerima kenaikan gaji RM95 sebanyak dua kali iaitu pada Bulan April dan Julai. Mudah bukan pengiraan?


Penyeragaman Penambahbaikan Gred Mulai Julai 2016

Memandangkan kenaikan satu gred mulai Julai 2016, gred gaji paling rendah atau terdahulu wajib dimansuhkan.

Contohnya:
  • Kakitangan berkelayakan SPM Gred 17 dimansuhkan dan diseragamkan kepada Gred 19
  • Kakitangan berkelayakan STPM Gred 27 dimansuhkan dan diseragamkan kepada Gred 29
  • Manakala gaji pegawai gred 28 diseragamkan kepada gred 30
  • Ini bermakna gaji jawatan Gred 17 dipinda kepada gred 19. Begitu juga dengan gaji pegawai Gred 27 dipinda kepada gred 29.
  • dan begitulah seterusnya

Sumber: Melvister

1 comments so far


EmoticonEmoticon

Google+ Followers