Saturday, 23 April 2016

Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir Bertugas (Pekeliling)


Ketidakhadiran bertugas merupakan kesalahan tatatertib yang sering dilakukan oleh pegawai awam. Ia berdasarkan statistik keskes tatatertib (tahun 2002 hingga 2010) yang dilaporkan oleh Ketua Jabatan dan jumlah kesalahan tidak hadir bertugas ini menyumbang sebanyak 50 peratus daripada keseluruhan kes-kes tatatertib pegawai awam setiap tahun.
Di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, tidak hadir bertugas bermaksud tidak hadir bagi apa-apa tempoh masa pada masa dan di tempat di mana pegawai itu dikehendaki hadir bertugas serta tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah.
Pegawai yang tidak hadir bertugas boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, [P.U.(A)395/1993] dan mereka yang bersalah boleh dikenakan hukuman sehingga buang kerja.
  • Peranan Ketua Jabatan
Ketua Jabatan/Penyelia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya dalam melaksanakan tindakan kawalan dan pengawasan tatatertib terhadap pegawai bawahannya. Kuasa ini diperuntukkan dalam Peraturan 3C, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, [P.U.(A)395/1993] dan kegagalan melaksanakan tanggungjawab ini boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, seseorang pegawai yang gagal menjalankan kawalan ke atas pegawai bawahannya, atau untuk mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakannya tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Tindakan awal perlu diambil oleh Ketua Jabatan atau penyelia dengan memantau pegawai bawahan masing-masing dan menegur atau memberi nasihat supaya pegawai sentiasa mematuhi waktu bekerja. Jika teguran dan nasihat telah diberi oleh Ketua Jabatan/Penyelia, namun pegawai masih mengulangi kesalahan yang sama maka tindakan melaporkan dengan kadar segera kepada pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan mengikut kategori yang bersesuaian sebagaimana panduan ini.

  • Kategori Tidak Hadir Bertugas

  • Penutup
Panduan ini diharap dapat membantu Pihak Berkuasa Tatatertib, Ketua Jabatan dan Penyelia dalam mengurus permasalahan ketidakhadiran di kalangan anggota perkhidmatan awam. Secara tidak langsung ia juga diharap dapat meningkatkan disiplin serta integriti pegawai awam keseluruhannya.

Muat Turun:


EmoticonEmoticon

Google+ Followers