Wednesday, 20 April 2016

Panduan & Contoh Penulisan Impak / Refleksi dalam RPH


PENULISAN REFLEKSI

Apa itu refleksi ?

Refleksi merupakan aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran guru.
  • refleksi bermula dengan bisikan hati dan nyata rasa ( passion )
  • refleksi kendiri adalah analisis secara aktif, terarah dan bermatlamat.
  • refleksi kendiri menitik beratkan penerokaan doman affective ( emosional mind ) spiritual dan pemikiran seseorang dalam tindakannya mencari kebenaran terhadap ilmu yang dipelajari.
Mengapa perlu refleksi ?

Refleksi membantu pelajar :
  1. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran pembelajaran.
  2. Mengambil tindakan susulan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran.
  3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perguruan.
  4. Menjadi refleksi sebagai budaya kerja profesional keguruan.
  5. Menjadikan refleksi sebagai asas kepada penulisan jurnal.
Bila perlu refleksi ?

Sebaik sahaja selesai pengajaran dan catatan mesti dibuat pada ruang refleksi dalam buku persediaan mengajar.

Contoh REFLEKSI
  1. Pelajar perlu lebih latihan berkaitan ........
  2. Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir bab ini / ........
  3. Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah.
  4. Murid berjaya menguasai konsep ........
  5. Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah pada minggu hadapan
  6. Sebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan cara yang lain dalam P&P akan datang.
  7. Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji.
  8. Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.
  9. Perlu memberikan lebih masa untuk aktiviti ini untuk membantu murid berpindah kepada tugasan baru.
  10. Saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka.
  11. Cari jalan untuk memasukkan lebih murid dalam aktiviti dalam kelas.
  12. Periksa sama ada murid membawa ......... ke dalam kelas.
  13. Cari lebih banyak contoh ......... untuk membantu murid lebih memahami .........
  14. Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baru apabila diuji kefahaman mereka.
  15. Tidak cukup peluang untuk murid melakukan ........ semasa pengajaran.
  16. Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan .
  17. Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan mencabar dalam P&P akan datang.
  18. Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal kebisingan.
  19. Benarkan lebih masa untuk membuat latihan dalam P&P akan datang.
  20. Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak cukup.21. Pastikan murid boleh memberikan isi-isi penting P&P hari ini.22. Semua murid memerlukan lebih bantuan berkaitan .......
  21. Pelajar memberikan respon yang sangat baik ketika sesi pengajaran sedang berlangsung.
  22. Keadaan kelas kadangkala agak bising apabila terdapat segelintir XXX (murid) kurang bersedia dan tidak dapat menumpukan perhatian.
  23. Kerjasama antara murid dan guru sangat baik dan objektif pembelajaran tercapai.
  24. Aktiviti PdP ini dibawa ke hadapan kerana terdapat Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah.
PENULISAN IMPAK

Penulisan impak yang biasa digunakan ialah seperti berikut:
"35/38 murid telah berjaya mencapai objektif pada hari ini untuk menambah nombor bulat 4 digit dengan betul. Murid dapat menjawab 5 soalan dengan tepat. 3 orang murid lagi dibimbing secara individu dan diberi latihan tambahan untuk mencapai objektif."
"30/30 murid mencapai objektif pada hari ini untuk menolak nombor 3 digit dengan bimbingan guru."
Penulisan impak hendaklah secara objektif dan boleh dinilai secara kuantitatif.

Penggunaan peratus (%) tidak digalakkan kerana ia boleh menjadi tidak logik jika ditukar kepada kuantiti.

Misalnya ayat "40% murid mencapai objektif" tidak akan sesuai jika diubah ke kuantiti daripada 37 murid. Ini kerana 40 % x 37 murid = 14.8 murid. Bilangan murid hendaklah genap.


EmoticonEmoticon

Google+ Followers