Saturday, 23 April 2016

Kekeliruan Pengisian Jawatan Guru Penolong Kanan Di Sekolah Rendah (Kaedah Flexi)

Pada hujung Januari 2016, satu surat tawaran Pengisian Jawatan Penolong Kanan Gred DG34 dan DG32 telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat ini menawarakan jawatan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG 34 (KUP), Gred DG41/42 dan Gred DG44. Tawaran ini dikenali sebagai Kaedah Flexi.
Namun begitu, masih ada yang kurang memahami isi kandungan surat ini. Masih terdapat PPP DG32 (KUP) yang mengisi dan memohon jawatan GPK Kaedah Flexi ini. Ini menunjukkan betapa tidak fahamnya pentadbir mengurus kenaikan pangkat guru.

Pertama dalam borang jelas untuk pegawai DG34(KUP), DG38(KUP, DG41/DG42 dan DG44 (KUP) mengisi jawatan GPK DG32 dan DG34. Bermakna guru DG32(KUP) tidak boleh memohon melalui borang dan kaedah ini.

Kedua dalam surat siaran yang ditandatangani Pengarah Pendidikan Negeri jelas semua permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing (u.p : Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah).
Posting kali ini kami ingin berkongsi beberapa kaedah pelantikan GPK supaya boleh difahami dan dilaksanakan oleh pemohon dan pentadbir sekolah dengan betul:

  • Kaedah Pemangkuan 

Kaedah Pemangkuan di mana seseorang yang gred lebih rendah memangku jawatan gred yang lebih tinggi. Misalnya guru DG29 yang memenuhi syarat dilantik secara pemangkuan memegang jawatan GPK DG32. Ia berdasarkan vetage prestasi 80% dan 20% kemahiran, pengalaman dan sumbangan. Pemohon memohon berasaskan iklan yang dikeluarkan melalui borang khas. Panel Negeri akan mencadangkan ke BPSM (LNP KPM) dan bila senarai keluar mereka ditawarkan penempatan. Biasanya tawaran boleh terima atau tolak.

  • Kaedah Penghakikian 

Kaedah Penghakikian ialah memberi jawatan hakiki kepada mereka yang telah dinaikkan pangkat secara KUP . Misalnya guru DG32(KUP) ke GPK DG32 hakiki. Ianya diurus seratus peratus oleh PPD/JPN dengan menggunakan borang khas yang boleh diperolehi di PPD. Penilaian berasaskan 45% prestasi, 35% sumbangan, kemahiran dan pengalaman dan 20% temuduga. Amalan biasanya boleh terima atau tolak.

  • Kaedah Penempatan dan Pertukaran (Kaedah Flexi)

Kaedah Flexi ialah memberi peluang mereka yang berada pada gred lebih tinggi mengisi jawatan lebih rendah. Contoh sebagaimana yang kita laksana sekarang. Mereka yang bergred DG34(KUP), DG38(KUP, DG41/DG42 dan DG44(KUP) mengisi jawatan GPK DG32 dan DG38(KUP, DG41/DG42 dan DG44(KUP) mengisi jawatan GPK34 (bagi SKK dan SBT). Permohon menggunakan borang khas. Penilaian vetage prestasi 80% dan 20% kemahiran, pengalaman dan sumbangan. Dipanelkan di peringkat PPD dan JPN. Senarai dihantar ke BPSM (LNP KPM). Lulus baru ditempat dan ditukarkan secara mandatori seperti Guru Besar Flexi.

Kita berharap para guru dan pentadbir faham tatacara dan kaedah permohonan GPK ini dan sebarang kekeliruan boleh hubungi PPD masing-masing dan juga pegawai dari Unit Naik Pangkat. Sebagai orang bijak kita tentu tahu bagaimana menyelesaikan masalahnya.

Disunting daripada Unit Pengurusan Sekolah Rendah JPN Terengganu

2 comments

Assalamualaikum..saya nak tanya..tentang gaji penempatan dan pertukaran..ada perubahan atau tidak..atau sekadar mendapat elaun GPK..terima kasih

Assalamualaikum..saya nak tanya..tentang gaji penempatan dan pertukaran..ada perubahan atau tidak..atau sekadar mendapat elaun GPK..terima kasih


EmoticonEmoticon

Google+ Followers