Tuesday, 5 April 2016

JPA perkenal model baharu penajaan pelajar ke IPT

PUTRAJAYA 5 April - Mulai tahun ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan memperkenalkan model baharu penajaan kepada pelajar ke institut pengajian tinggi (IPT) tempatan dan luar negara.

JPA dalam satu kenyataan di sini memaklumkan, model baharu itu membolehkan penajaan dilaksanakan secara komprehensif merangkumi merit dan kecemerlangan serta keperluan membantu golongan berpendapatan rendah dalam kategori B40 terutama dalam bidang teknikal dan vokasional.

Di bawah model baharu melibatkan enam program diperkenalkan itu, tumpuan akan diberikan kepada penajaan pelajar ke IPT dalam negara bagi menyokong usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau.

"Sebagai langkah untuk memastikan pulangan yang setimpal dengan pelaburan yang dikeluarkan kerajaan, mulai 2016 program penajaan akan dilaksanakan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah kecuali bagi Program Dermasiswa B40.

"Ia berteraskan prinsip pulangan pelaburan kepada negara (ROI) dalam memastikan kerajaan akan memperoleh bakat terbaik untuk perkhidmatan awam," menurut kenyataan itu.


EmoticonEmoticon

Google+ Followers