Thursday, 14 April 2016

Apa Itu Bantuan Per Kapita (PCG) Pusat Sumber Sekolah & Panitia

Bantuan Geran Per Kapita (PCG) merupakan bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada setiap murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.

Pengurus Sekolah WAJIB memaklumkan kepada Ketua Bidang / Ketua Panitia / Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Akaun (JPKA) Sekolah mengenai jumlah peruntukan PCG yang diterima serta agihannya supaya perancangan perbelanjaan tahunan dapat dilakukan oleh Ketua Bidang / Ketua Panitia / Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dan peruntukan yang diberikan itu dapat dimanfaatkan untuk murid sepenuhnya.

PCG yang layak dituntut terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:

i. PCG Mata Pelajaran – Teras, Wajib, Tambahan & Bahasa Asing dan Elektif.

ii. PCG Bukan Mata Pelajaran – Pusat Sumber Sekolah, Bimbingan dan Kaunseling, Lain-lain Perbelanjaan Berulang Tahun / Khas (LPBT/LPK) Sekolah dan LPBT/LPK Asrama.

Maksud perbelanjaan bagi Kumpulan PCG Pusat Sumber Sekolah (Bukan Mata Pelajaran) adalah seperti berikut:
  1. Pembelian inventori dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
  2. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
  3. Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
  4. Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.

Perolehan harta modal dibenarkan tetapi hendaklah dibincangkan dan dipersetujui oleh Ketua Bidang atau Ketua Panitia dan diluluskan oleh Pengurus Sekolah. Pembelian hendaklah mematuhi peraturan di bawah;

Sekolah Rendah : Tidak melebihi RM5,000 atau 30% daripada keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran (Tidak termasuk komponen LPBT/LPK Sekolah) mana yang lebih rendah.

Sekolah Menengah : RM10,000 atau 30% daripada keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran (Tidak termasuk komponen LPBT/LPK Sekolah).

Sekolah Kurang Murid (Rendah / Menengah) : Tidak melebihi 30% daripada keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran.

Perolehan/penggantian alat pendingin udara tidak dibenarkan. Peruntukan bagi tujuan ini hendaklah dipohon daripada Ketua PTJ masing-masing.

Contoh Jadual Ringkas Peruntukan PCG Pusat Sumber Sekolah adalah seperti berikut;
YURAN KHAS SEKOLAH (YKS)

Mulai tahun 2008, Kerajaan telah membuat keputusan untuk memansuhkan bayaran Yuran Khas Sekolah (YKS) yang dikenakan ke atas semua murid di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan. Yuran ini dikutip bagi tujuan pelaksanaan aktiviti tertentu di sekolah. 1.2. Dengan pemansuhan tersebut, Kerajaan telah menyediakan peruntukan bagi membiayai pelaksanaan aktiviti terbabit di bawah YKS.

Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan YKS meliputi aktiviti Sukan/Permainan; Pendidikan Jasmani; Lukisan/Kerja tangan; Pendidikan Seni; Perpustakaan; dan Pusat Sumber Sekolah.

Kadar YKS yang layak dituntut oleh sekolah untuk murid adalah seperti berikut:

i. Sekolah Rendah: RM4.50 seorang murid setahun

ii. Sekolah menengah: RM9.00 seorang murid setahun

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan ke Sekolah berdasarkan Per Kapita dan Enrolmen Murid


EmoticonEmoticon

Google+ Followers