Thursday, 10 March 2016

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2016 Dibuka


Permohonan PISMP Ambilan Jun 2016 secara atas talian akan bermula pada 10 Mac 2016 | 12:00 PM sehingga 27 Mac 2016

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi alamat berikut: Institut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya, Selangor


1.PROGRAM
1.1Nama Program:
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
1.1.1Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
1.1.2Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.1.3Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKANmengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.1.4PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.
2.SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
2.1Warganegara Malaysia.
2.2Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2016 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1996.
2.3Sihat tubuh badan.
2.4Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlangMakluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
2.5Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
i. Bahasa Melayu; dan
ii. Sejarah.
2.6Lulus Bahasa Inggeris.
2.7Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonanonline). 
2.8Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
3.BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN:
3.1Sekolah Kebangsaan (SK)
3.1.1Bahasa Melayu
3.1.2Bahasa Inggeris
3.1.3Bahasa Cina
3.1.4Bahasa Tamil
3.1.5Bahasa Iban
3.1.6Bahasa Kadazandusun
3.1.7Bahasa Islam
3.1.8Matematik
3.1.9Sains
3.1.10Pendidikan Khas
3.2Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
3.2.1Bahasa Melayu 
3.2.2Bahasa Inggeris
3.2.3Bahasa Cina
3.2.4Pendidikan Islam
3.2.5Matematik
3.2.6Sains
3.3Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
3.3.1Bahasa Melayu
3.3.2Bahasa Inggeris 
3.3.3Bahasa Tamil
3.3.4Pendidikan Islam
3.3.5Matematik
3.3.6Sains
CALON TIDAK LAYAK MEMOHON
1.Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
2.Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
3.Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
4.Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
CARA MEMOHON
1.Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 10 Mac 2016.
2.Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga
3.Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
4.Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.
5.Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima no rujukan.
6.Pemohon hendaklah menyimpan no rujukan untuk tujuan semakan permohonan.
7.Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
PERINGATAN
Pemohon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh pengajian.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 27 MAC 2016 (11:59 MALAM)
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 - 3, BLOK 2250JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR. 

(u.p: Unit Pengambilan, Penempatan dan Data Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
No. Telefon : 03-8312 6720/6723/6730/6731/6758/6768/6769


EmoticonEmoticon

Google+ Followers