Wednesday, 16 March 2016

Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) Untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) 2016

Sumber foto:http://cikgurajiha.blogspot.my
Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) Murid Berkeperluan Khas Mulai Tahun 2016 diperkenalkan bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang kurang berkemampuan untuk mengikuti kurikulum dan pentaksiran arus perdana serta berada pada tahun terakhir peringkat sekolah rendah berdasarkan Kurkulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK). PASR mengguna pakai pendekatan pentaksiran bersepadu (integrated assessment) yang dapat menggalakkan penglibatan dan pembelajaran bermakna melalui beberapa elemen kemahiran dalam situasi sebenar kehidupan murid.




Lembaga peperiksaan (LP) bertanggungjawab melaksanakan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) sebagai komponen Pentaksiran Pusat dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sejajar dengan pelaksanaan PBS di peringkat sekola hrendah.

PASR terbahagi kepada dua (2) instrumen bersepadu:
  • Instrumen Projek Pendidikan Khas (ProKhas) 1
    • Menggabungjalinkan hasil pembelajaran tiga (3) mata pelajaran, iaitu Kemahiran Hidup (KH), Bahsa Melayu dan Matematik
    • Calon boleh memilih satu (1) daripada empat (4) komponen KH yang ditawarkan iaitu masakan, jahitan, penterakan dan perkebunan
  • Instrumen Projek Pendidikan Khas (ProKhas) 2
    • Menggabungjalinkan hasil pembelajaran da (2) mata pelajaran, iaitu Pendidikan Sains, Sosial dan Alama Sekitar (PSSAS) dan Bahasa Inggeris
Untuk membantu dan memudahkan pelaksaan PASR, dibawah dilampirkan Format Instrumen PASR dan contoh Pelaporan mulai tahun 2016 sebagai rujukan:



Rujukan:




1 comments so far

Adakah PASR ini diguna pakai pada MBK yang mengikuti Program Pendidikan Inklusif atau MBK di Program Pendidikan Khas Integrasi? Harap dapat pencerahan.


EmoticonEmoticon

Google+ Followers