Tuesday, 29 March 2016

Pendidikan Wajib: Pastikan Usia Murid Mengikut Tarikh Kelahiran Ditetapkan

Sumber foto: ddyt.wordpress.com
Mohon tuan-tuan semak dengan teliti tarikh lahir murid di sekolah tuan-tuan. Pastikan ikut kohot umur yang telah ditetapkan agar tidak timbul isu di masa akan datang terutamanya apabila tiba masa pendaftaran UPSR.

Berikut disertakan sekali lagi kohot umur bagi sesi persekolahan 2016.
  • 02.1.09 - 1.1.2010 = Thn 1
  • 02.1.08 - 1.1.2009 = Thn 2
  • 02.1.07 - 1.1.2008 = Thn 3
  • 02.1.06 - 1.1.2007 = Thn 4
  • 02.1.05 - 1.1.2006 = Thn 5
  • 02.1.04 - 1.1.2005 = Thn 6
  • 02.1.03 - 1.1.2004 = Ting. 1
Mohon tuan-tuan semak dan pastikan murid yang berada di kelas kini adalah mengikut kohot umur yang ditetapkan.

Murid yang telah mendapat kelulusan pengecualian mengikuti pendidikan wajib (penangguhan) dari KPM/JPN adalah tidak tertakluk kepada kohot umur diatas.

Sekolah-sekolah boleh meminta bukti salinan surat kelulusan penangguhan KPM/JPN daripada pihak ibubapa dan disimpan dalam fail murid untuk rujukan pada masa akan datang sekiranya berlaku isu berbangkit. Jika tiada surat kelulusan tersebut, murid dikehendaki mengikut kohot umur yg ditetapkan.
______________________________________________________________________
  • Nota:
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 14/2002 : PELAKSANAAN PENDIDIKAN WAJIB DI PERINGKAT RENDAH 2003

Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah

Pendidikan wajib di peringkat rendah adalah satu undang-undang yang menghendaki setiap ibu bapa warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia yang mempunyai anak mencapai umur enam tahun pada hari pertama tahun persekolahan semasa,mendaftarkannya di sekolah rendah dan terus menjadi murid di sekolah rendah di sepanjang tempoh pendidikan rendah.

Tempoh Pendidikan wajib 

Tempoh pendididkan wajib adalah selama tempoh pendidikan rendah, iaitu selama enam tahun.

Tarikh Pelaksanaan Pendidikan Wajib 

Pendidikan wajib akan dilaksanakan mulai tahun persekolahan 2003 yang meliputi
murid Tahun 1.

Kanak-Kanak Yang Terlibat
  1. Kanak-kanak yang terlibat adalah mereka yang dilahirkan antara 2 Januari 1996 hingga 1 Januari 1997.
  2. Kanak-kanak yang tercicir tetapi tidak terlibat dengan Pendidikan Wajib hendaklah dibantu supaya mereka dapat bersekolah. 

Proses Pendaftaran Seseorang Kanak-Kanak Untuk Bersekolah di Sekolah Rendah 

Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidika Negeri, Pejabat Pendidikan Gabungan, Pejabat Pendidikan Daerah serta sekolah membuat pengumuman tentang pendaftaran anak-anak ke sekolah rendah dengan cara berikut :

Permohonan Penempatan 

Ibu bapa adalah di antara membuat permohonan penempatan bagi anaknya untuk belajar di Tahun 1 di sekolah rendah yang berhampiran dengan tempat tinggalnya.

Permohonan penempatan ini boleh dibuat di sepanjang bulan Mac.
  • Pengesahan Penempatan ke Tahun 1 
Ibu bapa dinasihatkan membuat pengesahan penempatan ke Tahun 1 di sekolah rendah di mana anaknya akan ditempat kan apabila menerima maklumat berkenaan yang akan disampaikan oleh sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah atau Pejabat Pendidikan Gabungan atau Jabatan Pendidikan Negeri sepanjang bulan Ogos.

Penempatan seseorang kanak-kanak ke sesebuah sekolah tidak semestinya sama dengan yang dipohon semasa membuat permohonan penempatan. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan permohonan ke sesuatu sekolah boleh ditolak.
  • Rayuan 
Ibu bapa boleh membuat rayuan mengenai penempatan sekolah anaknya kepada sekolah atau Pejabat Pejabat Pendidikan atau Pejabat Pendidikan Gabungan atau Jabatan Pendidikan Negeri. Sebarang keputusan yang telah dibuat hasil daripada rayuan adalah muktamad.

Ibu bapa yang telah berpindah ke tempat tinggal yang baru hendaklah memberitahu sekolah tentang alamat barunya dan memohon supaya anaknya ditempatkan di sekolah baru mengikut alamatnya yang terkini.
  • Pendaftaran Hari Pertama Persekolahan
Ibu bapa hendaklah membawa anaknya untuk berdaftar pada hari pertama persekolahan dengan membayar yuran-yuran yang dikenakan oleh sekolah berdasarkan kepada amaun yang telah ditetapkan dan diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Pertukaran Sekolah Sebelum Pendaftaran Hari Pertama Persekolahan 
Ibu bapa yang telah membuat pendaftaran awal dan/atau telah mengesahkan penerimaan penempatan ke sekolah rendah tetapi berpindah ke tempat baru sama ada dalam daerah yang sama atau dalam negeri lain hendaklah memaklumkan kepada sekolah lama terlebih dahulu sebelum memohon untuk membuat pendaftaran baru ke sekolah di tempat tinggalnya yang baru.

Penalti

Kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib adalah merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang. Jika disabitkan dengan kesalahan ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Pertanyaan
Sebarang pertanyaan mengenai pendidikan wajib ini boleh dirujuk kepada sekolah yang berhampiran, Pejabat Pendidikan Daerah/Gabungan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Muat Turun:
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 14/2002 : PELAKSANAAN PENDIDIKAN WAJIB DI PERINGKAT RENDAH 2003



EmoticonEmoticon

Google+ Followers