Wednesday, 23 March 2016

Pekeliling: Bagaimana Guru Boleh Berpolitik dan Proses Permohonan Kebenaran

Sumber: Sinar Harian
Kerajaan telah bersetuju supaya kebenaran untuk mengambil bahagian secara aktif dalam suatu parti politik dipanjangkan kepada PPPS Gred DG41 hingga DG48 yang bertugas di Institusi Pendidikan, KPM.

Bagi tujuan berkenaan, Kerajaan telah meminda Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993) [P.U.(A)395/1993] melalui Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) [P.U.(A)250/2010].

Susulan daripada pindaan Peraturan tersebut, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.9 Tahun 2010 pada 30 Julai 2010 dan mula berkuatkuasa pada 1 Ogos 2010.

Peraturan yang berkuat kuasa
  • Peraturan 21(1), P.U.(A)395/1993 : pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan &Profesional dilarang mengambil bahagian di dalam politik. Pegawai tidak boleh:
    • membuat apa-apa pernyataan awam, sama ada lisan atau bertulis, memberi pandangan yang berat sebelah atas
    • perkara yang menjadi isu parti politik;
    • menerbitkan atau mengedar buku, makalah atau risalah parti politik;
    • merayu undi;
    • menjadi ejen pilihanraya;
    • bertanding apa-apa jawatan parti politik; dan
    • memegang jawatan di dalam parti politik.
  • Peraturan 21(2), P.U.(A)395/1993 : Pegawai Kumpulan Pelaksana (Sokongan) boleh bertanding / memegang jawatan dalam parti politik setelah mendapat kebenaran secara bertulis daripada:
    • Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam – pegawai gunasama*
    • Ketua Setiausaha Kementerian – pegawai bukan gunasama
    • - Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1996
    • * Perkhidmatan Gunasama Persekutuan ialah perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
  • Peraturan 21(2A), P.U.(A)395/1993 : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 hingga DG48, selain Pengetua atau Guru Besar di institusi pendidikan* dan pegawai yang memegang jawatan pentadbiran, boleh bertanding / memegang jawatan / dilantik ke dalam jawatan parti politik setelah mendapat kebenaran secara bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran.
    • - Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2010
    • * Institusi pendidikan bermaksud sekolah, Institut Pendidikan Guru (IPG), English Language Teaching Centre (ELTC), kolej matrikulasi dan Institut Aminuddin Baki (IAB) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.


Muat Turun:







EmoticonEmoticon

Google+ Followers