Friday, 25 March 2016

Modul Bahasa Melayu UPSR 2016 (JPN Pulau Pinang)

Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di samping membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), maka format pentaksiran UPSR yang baharu dan ditambah baik akan dilaksanakan mulai 2016. Sehubungan dengan itu, atas inisiatif Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah bersama Guru Sumber Bahasa Melayu Daerah telah berjaya menghasilkan Modul P&PGuru dan Modul Latihan Bahasa Melayu UPSR 2016.
Modul P&P Guru yang mengandungi 15 modul ini diharapkan dapat memberikan panduan dan membantu guru-guru Bahasa Melayu dalam pelaksanaan P&P berpusatkan murid dan berasaskan Standard Pembelajaran. Objektif dan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan di dalam modul yang berfokuskan kemahiran menulis ini juga diharapkan dapat menarik perhatian dan merangsang murid ke arah kesediaan minda bagi;

  •  Menghasilkan atau mengolah sesuatu idea secara asli atau autentik.
  •  Membuat pertimbangan dan penilaian atau rumusan tentang sesuatu idea atau maklumat.
  •  Memberi ruang untuk menjawab dengan lebih bebas.
  •  Menguji pemikiran aras tinggi (analisis, sintesis dan penilaian).
  •  Dapat mentaksir kebolehan(mengaitkan idea, maklumat dan perkara-perkara lain dalam penulisan)

Modul Latihan UPSR 2016 pula mengandungi 12 topik berasaskan latihan topikal tatabahasa pelbagai item soalan objektif dan subjektif termasuk soalan-soalan petikan kefahaman.

Muat Turun:


EmoticonEmoticon

Google+ Followers