Monday, 14 March 2016

Guru & Perundangan: Tatatertib dan Larangan Sebagai Penjawat Awam

Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati. Oleh yang demikian Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaannya pada 2002. Di samping itu Akta Pendidikan 1996 juga harus diperhalusi dengan teliti demi menjayakan matlamat pendidikan negara.

Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002)
  • Berkuatkuasa pada 20 Jun 2002.
  • Pindaan ini melibatkan Peraturan 2 iaitu Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu”. Dalam peraturan ini, pindaan dibuat terhadap peraturan 2 dengan memotong subperaturan 2(2).
  • Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya.
  • Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain.
Rasional Peraturan Tatatertib
  • Untuk memastikan pegawai awam;
    • Melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab;
    • Meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri;Menjaga imej perkhidmatan awam; dan
    • Yang melakukan kesalahan / melanggar peraturan dihukum.
 Larangan Secara KHUSUS
 Larangan Yang Boleh Dibuat Dengan KEBENARAN
Jenis-Jenis Hukuman Tindakan Tatatertib

Sebagai seorang penjawat awam, seorang guru hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang telah termaktub dan sebarang pelanggaran peraturan yang telah ditetapkan boleh dikenakan tindakan tatatertib. Seorang pegawai dianggap melanggar peraturan-peraturan ini jika didapati melakukan sebarang kesalahan yang bertentangan dengan mana-mana peraturan tatakelakuan. Jika disabitkan kesalahan, seseorang pegawai awam boleh dikenakan tindakan bergantung kepada kesalahan yang dilakukan.

Terdapat beberapa jenis tindakan tatatertib yang boleh dikenakan ke atas pegawai awam jika seseorang pegawai didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman.

Berikut merupakan jenis-jenis tindakan tatatertib yang sering dipraktikan:

Amaran
  • Amaran merupakan salah satu tindakan seorang guru itu tidak mematuhi peraturan-peraturan tatakelakuan dan tatatertib.
  • Amaran boleh diberi oleh seorang ketua jabatan atau pihak pentadbiran secara lisan atau bertulis.
  • Amaran boleh diberikan kepada guru sebanyak 3 kali sebelum pihak sekolah mengambil tindakan yang seterusnya.
Pelucutan Hak Emolumen
  • “Emolumen” ertinya segala saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada seseorang pegawai termasuklah gaji pokok, imbuhan tetap, bayaran insentif dan elaun bulanan lain.
  • Hukuman denda atau lucut hak emolumen hendaklah dibuat mengikut subperaturan (2), (3), (4), (5) dan (6).
  • Apa-apa denda yang dikenakan pada mana-mana satu masa tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan emolumen bagi tujuh hari pegawai yang berkenaan.
  • Jika seseorang pegawai didenda lebih daripada sekali dalam mana-mana bulan kalendar, agregat denda yang dikenakan ke atasnya dalam bulan itu tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan empat puluh lima peratus daripada emolumen bulanannya.
  • Jika hukuman yang dikenakan adalah kerana pegawai tidak hadir untuk bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah, apa-apa pelucuthakan emolumen pegawai itu hendaklah, melainkan jika diputuskan selainnya oleh Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan, dihitung dengan mengambil kira tempoh sebenar pegawai itu tidak hadir.
  • Hukuman denda atau lucut hak emolumen tidak boleh dikenakan ke atas seseorang pegawai yang tidak hadir tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah jika emolumen pegawai itu telah dilucuthakkan, berkenaan dengan ketidakhadiran untuk bertugas itu, di bawah peraturan 27.
  • Segala denda atau lucut hak emolumen hendaklah dipotong daripada emolumen bulanan pegawai itu dan hendaklah dibayar ke dalam hasil Majlis itu.
Antara tindakan-tindakan lain:

Untuk informasi lanjut, guru-guru boleh melungsuri slide di bawah:





EmoticonEmoticon

Google+ Followers