Saturday, 12 March 2016

Cuti Separuh Gaji, Cuti Tanpa Gaji dan Kesannya Tehadap Perkhidmatan Pegawai

Surat Pekeliling Perkhidmatan BILANGAN 4 TAHUN 2009 ini bertujuan menjelaskan kesan ke atas
perkhidmatan pegawai yang diluluskan Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji oleh Pihak Berkuasa Melulus sama ada Ketua Jabatan atau Ketua Setiausaha Kementerian atau Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengikut peraturan yang berkuat kuasa.

Peruntukan mengenai kesan ke atas perkhidmatan bagi pegawai yang bercuti terdapat dalam pelbagai peraturan seperti berikut:
  • Perintah-Perintah Am Bab C (Cuti) 1974;
  • Akta Pencen 1980 (Akta 227);
  • Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980 (Akta 239);
  • Peraturan-Peraturan Pencen 1980;
  • Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1990; dan
  • P.U.(A)176/ 2005 - Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.
Selain itu, peraturan kesan ke atas perkhidmatan pegawai yang bercuti juga dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan seperti di Lampiran A.

Memandangkan peruntukan mengenai kesan ke atas perkhidmatan bagi pegawai yang bercuti dijelaskan tidak secara spesifik dan tidak menyeluruh serta dibuat mengikut peraturan-peraturan tertentu di atas, maka wujud keperluan mengeluarkan satu panduan khusus yang menjelaskan kesan ke atas perkhidmatan kepada pegawai yang bercuti. Panduan ini juga merupakan kompilasi peraturan-peraturan sedia ada yang boleh dijadikan sumber rujukan kepada agensi atau pegawai.

Kesan-kesan ke atas perkhidmatan pegawai boleh disimpulkan di dalam jadual di bawah:






Sebagai rujukan, tuan-tuan boleh muat turun surat pekeliling yang dinyatakan di atas di pautan bawah ini. Di dalam lampiran nya juga ada menyatakan sebab-sebab dan keperluan untuk memohon cuti tersebut:

Muat Turun: Surat Pekeliling Perkhidmatan BILANGAN 4 TAHUN 2009


EmoticonEmoticon

Google+ Followers