Thursday, 25 February 2016

Senarai Semak Lengkap Pengisian Dokumen Dalam Fail Panitia

Fail Pengurusan Panitia merupakan perkara asas yang wajib ada di setiap sekolah. Fail juga perlu dikemaskini setiap kali berganti tahun. Dokumen-dokumen terkini tahun semasa perlu diletakkan bagi menggantikan dokumen tahun sebelumnya.

Oleh yang demikian, apakah dokumen-dokumen wajib yang perlu ada di dalam fail panitia?

Di bawah merupakan perkara-perkara (contoh) paling minima yang perlu dimasukkan di dalam filder/fail panitia

ISI KANDUNGAN
  • CARTA ORGANISASI  J/KUASA ( SPI Bil. 4/1986 Perkara 3.1 & 3.4.13 )
  • TAKWIM / CARTA GANTT ( SPI Bil. 4/1986 Perkara 3.1 )
  • BIODATA GURU ( SPI Bil. 3/1999, Bil. 3/87 Per. 2.3 )
  • JADUAL WAKTU ( SKPM 2010 - Standart 3, SPI Bil. 4/1989 )
  • RANCANGAN / SUKATAN / HURAIAN ( SPI Bil. 4/1986 Perkara 3.4.1 )
  • PENGURUSAN MESYUARAT ( SPI Bil. 4/1986 Perkara 3.4.7& 8 )
  • SIJIL-SIJIL / LANTIKAN ( SPI Bil. 4/1986 Perkara 3.2.2 )
  • PEPERIKSAAN ( SPI Bil. 4/1986 Perkara 3.3.3 ) - Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan (berasaskan Sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukanAtau berasaskan kepada prestasi/target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.
  • SKPM 2010 - Standart 5
  • JADUAL PEPERIKSAAN
  • JADUAL PENYEDIAAN SOALAN
  • KEPUTUSAN / ANALISIS ( SPI Bil. 4/1986 Perkara 3.4.6 )
  • ANALISIS HEADCOUNT
  • POST-MORTEM
  • PEMANTAUAN ( Audit oleh JNJK / JPS / SIRIM / PPD )
  • PROGRAM / AKTIVITI ( SPI Bil. 4/1986 Perkara 3.1,3.3.3 & 3.4.11-12 )
  • PENYELIAAN / PENCERAPAN ( SPI Bil. 4/86 Per. 3.4.10, Bil.3/87 Per. 2.1.2 )
  • SEMAKAN BUKU LATIHAN ( SKPM 2010 - Standart 4 & SPI Bil. 3/1987 Per. 2.2.3 )
  • SENARAI BBM / ABM ( SPI Bil. 4/1989 Perkara 3.4.3 & 3.4.4 PP Bil. 5/07, Bil. 5/09 )
  • KOLEKSI SOALAN* ( SPI Bil. 4/1986 Perkara 3.4.5 ) * Menyelaras soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu menubuhkan koleksi soalan.( SKPM 2010 - Standart 5 )
  • TAHUN1/TINGKATAN 1
  • TAHUN2/TINGKATAN 2
  • TAHUN3/TINGKATAN 3/PPMR
  • TAHUN4/TINGKATAN 4
  • TAHUN5/TINGKATAN 5/SPM
  • TAHUN 6


Sebagai rujukan, Setiusaha Panitia boleh muat turun senarai semak yang lebih lengkap di pautan bawah:

MUAT TURUN : 
Senarai Semak Pengisian Dokumen Dalam Fail Panitia


EmoticonEmoticon

Google+ Followers