Wednesday, 10 February 2016

Senarai Lengkap Panggilan Hormat/Salutasi Majlis Rasmi Untuk Orang Kenamaan


Penggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan terhadap orang-orang kenamaan sebagai tanda penghormatan kepada kedudukan mereka. Amat mustahak bagi seorang pengacara majlis mengetahui dan menggunakan panggilan hormat dan gelaran yang betul mengikut protokol dalam sesuatu majlis yang dikendalikan.

Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan-Sultan dan Yang DiPertua Negeri adalah seperti berikut:
  1. Yang di-Pertuan Agong - *DYMM Seri Paduka Baginda
  2. Raja Permaisuri Agong - DYMM Seri Paduka Baginda
  3. Raja Perlis - DYMM Tuanku
  4. Sultan Kedah - Ke Bawah DYMM Al-Sultan
  5. Sultanah Kedah - Ke Bawah DYMM Tuanku
  6. Sultan Selangor - DYMM Sultan
  7. Tengku Ampuan Selangor - DYMM Tengku Ampuan
  8. Yang Dipertuan Besar - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
  9. Tunku Ampuan - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
  10. Sultan Pahang - Ke Bawah DYMM Sultan
  11. Sultanah Pahang - DYMM Sultanah
  12. Sultan Terengganu - DYMM Sultan
  13. Tengku Ampuan Besar - DYMM Tengku Ampuan Terengganu
  14. Al-Sultan Kelantan - Ke Bawah DYMM Tuanku
  15. Raja Perempuan Kelantan - DYMM Tengku
  16. Sultan Johor - DYMM Baginda Sultan
  17. Sultanah Johor - DYMM Baginda Sultanah
  18. Paduka Seri Sultan Perak - DYMM Paduka SeriSultan
  19. Raja Permaisuri Perak - DYMM Raja Permaisuri Darul Ridzuan
  20. Yang DiPertua Negeri Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Tuan Yang Terutama
  21. Isteri Yang DiPertua Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Yang Amat Berbahagia
*DYMM = Duli Yang Maha Mulia



Panggilan hormat bagi orang-orang kenamaan yang lain ialah:
  1. Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
  2. Isteri Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
  3. Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
  4. Isteri Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
  5. Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berhormat
  6. Isteri Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berbahagia
  7. Menteri, Timbalan Menteri - Yang Berhormat
  8. Isteri Menteri dan Timbalan - Yang Berbahagia
  9. Tun/isteri - Yang Amat Berbahagia
  10. Tan Sri/isteri - Yang Berbahagia
  11. Datuk selain negeri Johor - Yang Berbahagia
  12. Dato’ dari negeri Johor - Yang Berhormat
  13. Raja/Tengku - Yang Mulia
  14. Isteri Raja/Tengku - Yang Berbahagia
  15. Panglima Angkatan Tentera/isteri - Yang Berbahagia
  16. Ketua Polis Negara/isteri Yang Berbahagia
  17. Ketua Hakim Negara - Yang Amat Arif
  18. Isteri Ketua Hakim Negara - Yang Amat Berbahagia
  19. Hakim Besar - Yang Arif
  20. Isteri Hakim Besar - Yang Berbahagia
  21. Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Arif
  22. Isteri Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Berbahagia
  23. Peguam Negara/isteri - Yang Berbahagia
  24. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/isteri - Yang Berbahagia
  25. Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketu- Ketua Jabatan Peringkat Persekutuan/ isteri - Yang Berbahagia
  26. Ketua-Ketua Jabatan Negeri - Yang Berusaha/Yang Berbahagia
Bil
Kata Panggilan Hormat
Pihak Terbabit
1
Saudara/saudari
Digunakan untuk orang lelaki / perempuan yang dihormati
2
Tuan Haji / Puan Hajah
Digunakan untuk orang lelaki / perempuan yang telah menunaikan fardhu Haji
3
Yang dikasihi
Rakan-rakan
4
Yang dihormati
Ibu bapa , pengerusi majlis
5
Yang Berbahagia
Golongan kehormat.
Ch:Pengetua , ustaz , Guru Besar , guru
6
Yang Berusaha
Pengarah / Ketua jabatan
7
Yang Arif
Digunakan untuk hakim
8
Yang Amat Arif
Tuan Hakim Negara. Digunakan dalam situasi formal di mahkamah
9
Tuan , Encik
Digunakan untuk orang lelaki yang dihormati
10
Yang Berhormat
Panggilan untuk ahli politik


Muat Turun: SURAT PEKELILING AM BILANGAN 4 TAHUN 2014 | PANGGILAN HORMAT DAN KAEDAH PENGGUNAANNYA

14 comments

Jika Guru Besar, panggilan apa?

Jika Guru Besar, panggilan apa?

Klu ketua jabatan: yang berbahagia..

Sila rujuk surat pekeliling am bil 4 tqhun 2014 berkaitan dengan penggunaan panggilan hormat dan kaedah penggunannya.

Kurang lengkap..tp satu perkongsian yg amat baik..negara kita byk protokol yg melibatkan panggilan hormat..setiap negeri ada kaedahnya..contoh pahang, penerima darjah tertentu dipanggil YH, Yang Hormat..bagi gelaran keluarga pula, hanya Raja, Tengku dan Syed sahaja yg diberi panggilan hormat..

Lihat pada situasi.. Sekiranya ada VIP lain yg dijemput utk merasmikan majlis.. G.besar jd yg berusaha.. Sbb itu adalah majlis sekolah

Kalau wanita bersuami dipanggil Puan,tetapi jika dah bercerai nak panggil apa ya?


EmoticonEmoticon

Google+ Followers