Saturday, 20 February 2016

Panduan & Teks Bacaan Doa Majlis Rasmi Kerajaan dan Sekolah


Garis panduan ini disediakan sebagai panduan kepada pihak-pihak yang terlibat menganjurkan sesuatu Majlis Rasmi dan Majlis Separuh Rasmi yang melibatkan bacaan doa.

Sebagai satu ibadah, doa hendaklah dilakukan di tempat yang betul, masa yang sesuai dan suasana yang baik. Garis Panduan doa ini adalah bagi bacaan doa secara berkumpulan atau beramai-ramai yang dilakukan dalam mana-mana majlis atau upacara rasmi atau separuh rasmi di negara ini.

Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3) memperuntukkan bahawa agama Islam adalah Agama Bagi Persekutuan. Oleh itu amalan membaca doa dalam Majlis-majlis Rasmi dan Separuh Rasmi Kerajaan adalah suatu amalan yang suci dan murni sesuai dengan kedudukan agama Islam di negara ini

MAJLIS RASMI

  • Majlis Rasmi adalah suatu majlis yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.


MAJLIS SEPARUH RASMI

  • Majlis Separuh Rasmi adalah majlis yang dianjurkan selain dari kerajaan tetapi dihadiri oleh para pembesar atau pemimpin negara, sama ada di peringkat negeri atau persekutuan (negara).


TARAF PEMBACA DOA

  • Pembaca doa bagi majlis di peringkat persekutuan yang dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, doa hendaklah dibaca oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan atau Timbalan Mufti.
  • Pembaca doa bagi majlis di peringkat negeri yang dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan atau Raja, doa hendaklah dibaca oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri atau Timbalan Mufti atau amalan yang biasa diguna pakai oleh negeri tersebut.
  • Bagi majlis-majlis lain, pembaca doa boleh dilantik daripada kalangan mereka yang layak, seperti mana dalam para 6 di bawah.

KRITERIA PEMBACA DOA

  • Pembaca doa seelok-eloknya seorang lelaki dan beragama Islam, boleh menyebut perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu dan Arab dengan tepat, fasih dan betul.
  • Pembaca doa seboleh-bolehnya individu yang mempunyai akhlak dan sahksiah yang baik yang tidak dipertikai oleh pendengar dan masyarakat.
  • Pembaca doa mestilah mengetahui kesesuaian doa yang dibaca bagi satu-satu majlis yang diadakan.

Sudah menjadi kebiasaan dalam majlis-majlis rasmi atau pun separuh rasmi di sekolah, bacaan doa menjadi salah satu agenda utama dalam tentatif program. Sebagai panduan guru-guru, dibawah merupakan beberapa koleksi teks doa yang dapat dikumpulkan untuk kegunaan bersama.

MUAT TURUN TEKS DOA:




EmoticonEmoticon

Google+ Followers