Saturday, 27 February 2016

Koleksi dan Panduan Penyedian Fail Meja Di Sekolah

Fail Meja (FM) merupakan satu dokumen rasmi yang perlu ada dalam sesebuah pejabat/ jabatan. FM adalah alat pengurusan penting yang dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti pejabat/ jabatan keseluruhannya. Lihat rajah di bawah:
FM berperanan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan tiap-tiap seorang individu dalam pejabat/jabatan. Oleh itu FM dirangka khusus untuk memberi panduan terperinci mengenai semua tugas yang dijalankan oleh seseorang individu setiap hari.

Asas FM adalah senarai tugas dan tanggungjawab seseorang individu dalam pejabat/jabatan. Rangkaian prosedur dan senarai semak yang terdapat dalam FM adalah garis panduan langkah demi langkah yang dapat memandu setiap individu menjalankan tugas mereka dengan cekap. Tegasnya FM adalah dokumen rujukan untuk setiap pegawai bagi menjalankan tugasnya setiap hari dan harus ditempatkan di meja pegawai.

Untuk panduan semua warga di sekolah, di ruang muat turun ini kami sediakan beberapa contoh fail meja yang perlu ada di sekolah. Semoga dapat memabantu!

Muat Turun



EmoticonEmoticon

Google+ Followers