Tuesday, 9 February 2016

7 Alasan Cuti Rehat Khas ( CRK ) Untuk Penjawat Awam/Guru

Secara umumnya CRK ini diperuntukkan sebanyak 10 hari dalam setahun.

Cuti ini tidak boleh dibawa kehadapan jika tidak habis digunakan, tetapi boleh dikira untuk mendapat Gantian Cuti rehat (GCR ). Gantian Cuti Rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.
Kelayakan Cuti Rehat Khas ( Guru )

Semua pegawai yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal atau cuti semester di sekolah atau institusi pelajaran dan pengajian tinggi. Guru sandaran terlatih Guru Kontrak

Peraturan dan Syarat

Pihak yang meluluskan hendaklah memastikan " pengurusan pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas". Terma dan syarat ini memang termaktub dalam pekeliling, dan sebagai penjawat awam yang bertugas sebagai ( guru atau golongan tenaga pengajar) harus memahami dan meneliti frasa ini sepenuh hati.

Senarai Permohonan Cuti Rehat Khas Yang Boleh Dipertimbangkan :

1. Menziarahi ahli keluarga terdekat ( suami,isteri yang sah, anak-anak dan ibu bapa kandung pegawai yang sedang sakit atau meninggal dunia.

2. Menziarahi sanak saudara ( adik-beradik, ibubapa mertua, datuk nenek pegawai dan lain-lain saudara mara yang rapat dengan pegawai yang sedang sakit atau meninggal dunia.

3. Upacara/ perayaan tahunan agama yang diperuntukkan cuti umum oleh kerajaan. Kecemasan dan kemalangan seperti kebakaran dan banjir.

4. Menghadiri majlis Konvokesyen ( diri sendiri, anak, suami/isteri ).

5. Perkahwinan ( guru sendiri / anaknya sahaja )

6. Menghantar ahli keluarga terdekat dan sanak-saudara rapat menunaikan fardhu haji.

7. Mendaftar anak ke IPT/ sekolah asrama penuh Mengiringi suami/isteri atau anak mendapat rawatan perubatan.

Walau bagaimanapun, Guru Besar/ pengetua atau Ketua Jabatan boleh memberi pertimbangan atas lain-lain alasan yang munasabah dengan syarat kelulusannya tidak menjejaskan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai pelaksanaan Cuti Rehat Khas bagi menambah baik peruntukan sedia ada yang dinikmati oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di sekolah dan institusi pendidikan.

Muat Turun : Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2017

Google+ Followers