Monday, 1 February 2016

Panduan Perancangan Strategik Pusat Sumber Sekolah


Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan penjana pembentukan masyarakat yang berilmu pengetahuan, gemar membaca dan berkemahiran maklumat sejajar dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). 

Sehubungan dengan itu, perjawatan Guru Perpustakaan dan Media Sekolah telah dapat memberi fokus ke arah memantapkan Pusat Sumber Sekolah. 

Berasaskan hakikat bahawa wujudnya perjawatan Guru Perpustakaan dan Media Sekolah dan keperluan mendapat pendedahan mengenai apa, bila ,siapa, di mana dan bagaimana pengurusan Pusat Sumber Sekolah, maka buku panduan tugas ini dihasilkan bagi membantu Guru Perpustakaan dan Media Sekolah mengurus Pusat Sumber Sekolah. Buku panduan tugas ini adalah hasil daripada bengkel yang telah diadakan beberapa kali dalam kalangan guru dan pegawai-pegawai PSPN / PKG. 

Pembinaannya berasaskan kepada keperluan pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang berkaitan dengan kemahiran mengurus, mengelola, mentadbir dan meningkatkan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah selaras dengan konsep pembestarian sekolah.

Muat Turun
Disertakan juga di sini



EmoticonEmoticon

Google+ Followers