Sunday, 31 January 2016

Contoh Kata Tugas Untuk Soalan KBAT

 


Setiap soalan peperiksaan biasanya dimulakan dengan kata tugas yang mengharapkan respons yang tertentu daripada pelajar. Samada PT3, SPM atau STPM, calon perlu mengemukakan jawapan yang menepati kehendak soalan. 

Sebagai contohnya, kata tugas 'Di Manakah' memerlukan pelajar untuk memberi respon yang mampu menyataan kedudukan atau tempat dengan betul. 



Jom saya kongsikan contoh kata tugas soalan peperiksaan, yang telah dibahagikan mengikut Bloom Taxonomy, serta respons yang diharapakan dalam jawapan pelajar. Semoga membantu!


BLOOM TAXONOMY
KATA TUGAS
RESPONS YANG DIHARAPKAN
Pengetahuan
Apakah
Memberikan maklumat yang khusus atau spesifik
Bilakah
Menyatakan masa / waktu / urutan prosedur
Catatkan
Merakamkan atau merekodkan sesuatu maklumat
Definisikan
Memberi keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna suatu perkataan khusus / istilah / terminology
Di manakah
Menyatakan kedudukan / tempat
Isikan
Memenuhkan maklumat yang spesifik di ruang
Kenal pasti
Memberi petunjuk atau makluman terhadap sesuatu perkara / benda / pernyataan yang dikenali atau dicam dengan jelas
Labelkan
Menandakan dan / atau memberikan panggilan yang spesifik terhadap suatu rujukan pada rajah / graf / carta / ilustrasi
Lengkapkan
Mengisikan maklumat / nilai yang spesifik pada ruang kosong pada jadual / rajah / ayat yang diberikan
Namakan
Memberi panggilan yang spesifik terhadap suatu benda / istilah / terminology / proses
Nyatakan
Memberi jawapan yang spesifik tanpa memerlukan penerangan lanjut / huraian / sokongan
Padankan
Membuat penyesuaian yang setara berdasarkan rajah / symbol / maklumat tentang pernyataan berhubung spesifikasi / fungsi / aplikasi atau sebaliknya
Siapakah
Mengenal pasti individu dalam konteks
Takrifkan
Memberi keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna suatu perkataan khusus / istilah / terminology
Tandakan
Meletakkan symbol yang dikehendaki
Tulis
Mencatat huruf / angka / symbol yang khusus
Kefahaman
Bagaimanakah
Memperihalkan / memberi penerangan tentang cara / keadaan / langkah / kejadian
Bilakah
Menyatakan masa / waktu / urutan prosedur
Bincangkan
Memberi penerangan / pandangan daripada pelbagai aspek
Buatkan
Mengemukakan pernyataan yang boleh diuji
Catatkan
Merakamkan atau merekodkan sesuatu maklumat
Di manakah
Menyatakan tempat / kedudukan
Fokuskan
Memberi penerangan / pernyataan dengan menumpukan kepada sesuatu aspek tertentu
Isikan
Memenuhkan maklumat yang spesifik di ruang
Jelaskan
Memberi penerangan tentang sesuatu dengan sokongan supaya mudah difahami
Kemukakan
Memberi pendapat sama ada menyokong atau membangkang
Lorekkan
Melukis dengan garisan / corengan / coretan pada kawasan / rantau / ruangan tertentu
Manakah
Menyatakan pilihan
Mengapakah
Memberi sebab
Nyatakan
Memberi jawapan yang spesifik tanpa memerlukan penerangan lanjut / huraian / sokongan
Padankan
Membuat penyesuaian yang setara  berdasarkan rajah / symbol / maklumat tentang pernyataan berhubung spesifikasi / fungsi / aplikasi atau sebaliknya
Pasangkan
Mencantumkan bahagian sesuatu mengikut susunan prosesdur yang betul
Susun
Membuat sesuatu urutan dengan menggunakan kaedah / prinsip / keperluan / keutamaan
Tafsirkan
Mengulas sesuatu berdasarkan maklumat yang diberi
Terangkan
Menyatakan fakta dengan sokongan atau menjelaskan sesuatu dengan sebab
Terjemahkan
Menukarkan sesuatu bentuk komunikasi kepada suatu bentuk komunikasi lain
Tunjukkan
Menyatakan sesuatu dengan bukti
Aplikasi
Anggarkan
Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan konteks berdasarkan pertimbangan/
Bezakan
Menyatakan kelainan / ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara
Bincangkan
Memberi penerangan / pandangan daripada pelbagai aspek
Bundarkan
Membuat penghampiran bagi suatu nilai kepada kejituan tertentu
Cari
Memberikan suatu nilai / kedudukan / perkara secara mengenai pasti dengan menggunakan kaedah tertentu atau menghitung secara ringkas
Gariskasarkan
Memberi ciri penting secara umum untuk sesuatu proses / tindakan
Ilustrasikan
Menjelaskan dengan contoh / gambarajah / rajah
Laraskan
Menyesuaikan dengan sesuatu supaya sama dengan penunjuk / tolok
Organisasikan
Membuat sesuatu berdasarkan apa yang telah dirancang untuk dilaksanakan
Peringkatkan
Membuat pemeringkatan beberapa perkara megikut aras / tahap tertentu
Pilih
Menentukan maklumat yang terbaik
Ringkaskan
Menyatakan sesuatu ungkapan / pernyataan / petikan secara pendek / padat dan mengekalkan kandungan utama yang asal
Selesaikan
Memberi beberapa fakta / ciri / konsep / prinsip / teori secara spesifik / berbentuk poin tanpa memberi hubungan / perkaitan / penerangan lanjut bagi setiap satunya
Tentukan
Membuat sesuatu keputusan selepas mengambil kira beberapa perkara sebagai asas pertimbangan
Tunjukkan
Menyatakan sesuatu dengan bukti
Ulas
Memberi pandangan / pendapat / komen / kritik
Ungkapkan
Menyatakan sesuatu secara muktamad dalam bentuk yang dikehendaki
Analisis
Analisiskan
Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau perkara yang dikomunikasikan
Bandingkan
Menyatakan atau menjelaskan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara
Cadangkan
Memberi pandangan / idea / pendapat dengan mempertimbangkan perkara positif atau negative
Formatkan
Menyediakan / menyusun maklumat mengikut sesuatu prinsip / prosedur / peraturan tertentu
Galurkan
Menghuraikan peristiwa atau fakta secara kronologi
Gambarkisahkan
Memberi penerangan dengan menggunakan gambarajah
Huraikan
Memperihalkan / menceritakan sesuatu dengan panjang lebar / terperinci
Jadualkan
Membuat susunan tentang perkara / maklumat / acara mengikut ciri-ciri atau urutan tertentu yang telah ditetapkan
Klasifikasikan
Mengumpulkan / membahagi-bahagikan / melabelkan sesuatu kepada sesuatu kumpulan . kategori berdasarkan kesamaan kualiti / criteria / ciri / sifat
Lakar
Memberi persembahan berbentuk rajah / gambarajah / peta secara kasar dan tidak memerlukan perincian
Laporkan
Memberitahu maklumat tentang sesuatu keadaan secara lisah atau bertulis
Lukis
Memberi persembahan berbentuk grafik / rajah / gambar rajah / graf bagi menggambarkan suatu benda atau perkara dengan menggunakan alat dan mengikut ukuran atau skala tertentu
Plot
Menanda / melukis titik-titik graf
Ramalkan
Memberi sesuatu nilai yang dijangka munasabah berdasarkan pola atau corak tertentu
Rekodkan
Mencatatkan dapatan kajian / eksperimen / data / pemerhatian mengikut format
Tentusahkan
Menyatakan kebenaran / ketepatan sesuatu dengan memberikan bukti
Ukur
Menggunakan alat pengukur untuk mendapatkan nilai ukuran beserta unitnya
Sintesis
Binakan
Membuat sesuatu menggunakan kaedah / alat tertentu
Cerakinkan
Menghuraikan sesuatu kepada bahagian
Hitungkan
Memberi nilai kuantitatif dengan melaksanakan algoritma (langkah-langkah tertentu) atau menggunakan rumus
Hubungkaitkan
Membuat sesuatu pertalian berdasarkan beberapa ciri / faktor
Interpretasikan
Memberi maklumat atau makna lain bagi sesuatu komunikasi
Rumuskan
Membuat sesuatu kesimpulan berdasarkan data / maklumat / petikan
Sarankan
Memberi pandangan / idea yang boleh diaplikasikan dalam sesuatu situasi
Sediakan
Mengadakan / mewujudkan / menyiapkan / melengkapkan / menyusun sesuatu mengikut format dan prinsip yang tertentu
Syorkan
Memberi pandangan / idea / pendapat yang boleh diaplikasikan dalam sesuatu situasi dengan mempertimbangkan perkara positif atau negatif
Ubahsuai
Membuat sesuatu perubahan dengan
Unjur
Membina garisan mengikut unjuran sudut yang ditetapkan
Penilaian
Bangunkan
Menghasilkan satu aturcara / program yang menggunakan perisian / kaedah yang sesuai mengikut langkah-langkah tertentu
Ciptakan
Menghasilkan / mewujudkan / menerbitkan sesuatu dengan daya fikiran atau imaginasi atau kreativiti
Deduksikan
Membuat kesimpulan berdasarkan sesuatu
Nilaikan
Membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara
Pamerkan
Menunjukkan persembahan terhadap penguasaan dalam sesuatu perkara
Rekabentukkan
Membuat garis kasar / lakaran / plan tindakan / prototaip / model
Terbitkan
Membina sesuatu dengan menunjukkan cara
Wajarkah
Membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara dengan mengambil kira pelbagai aspek sama ada kebaikan, keburukan, kelebihan atau kekurangan


Soalan-soalan berunsur KBAT biasanya bermula daripada Aras Analisis, Sintesis dan Penilaian dalam Bloom Taxonomy. Biasakan menyoal pelajar-pelajar dengan soalan yang bercorak sebegini, bagi menerapkan unsur KBAT dalam pembelajaran mereka! 

Sumber: CikguHailmi


EmoticonEmoticon

Google+ Followers