Sunday, 31 January 2016

Ciri-Ciri Item Soalan KBAT


Penekanan terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau juga dikenali sebagai HOTS melihatkan pembinaan soalan dan item-item yang bercirikan KBAT. Sebelum kita pergi lebih jauh, jom kita tengok dulu apa ciri-ciri yang perlu ada dalam soalan berbentuk KBAT.

Ciri-Ciri Soalan Item HOTS KBAT

01. Skop Yang Luas

Item-item KBAT adalah menggunakan skop yang jauh lebih luas daripada pemahaman daripada buku teks. Pengetahuan asas adalah sebagai satu keperluan bagi membolehkan KBAT dipraktikkan dalam cara pembelajaran.


02. Fakta

Fakta kini tidak lagi bersifat spesifik sahaja, malah perlu merentasi masa


03. Bermakna

Soalan KBAT adalah bersifat boleh ditaksir dan juga mempunyai tahap penyoalan yang mencabar pemikiran pelajar


04. Stimulus

Stimulus yang diberikan pada setiap soalan merupakan stimulus pada situasi yang baharu. Dan ini juga bermakna ianya adalah situasi yang bukan lazim bagi murid.


05. Respon Murid

Respon murid (jawapan) dapat memperlihatkan kepelbagaian dan tidak terhad dengan hanya satu jawapan tertentu. Maka jawapan pelajar adalah mungkin boleh lebih daripada satu jawapan.


EmoticonEmoticon

Google+ Followers